Sunday, 3 March 2013

Tanggungjawab dan Amanahku...


Assalamualaikum readers..

Entri kali ini, penulis nak berkongsi kisah penulis yang mungkin boleh menjadi kebanggaan penulis or boleh jadi sesuatu yang menakutkan dalam kehidupan penulis.

Amanah. Tanggungjawab. Semangat. Dan macam2 lagi. Perkara inilah yang diperlukan sekiranya kita menjadi seorang ketua bukan? Kalau dilihat dari segi luaran, jawatan sebagai seorang ketua ini tidaklah sesukar mana dan ianya dapat membantu menambahkan pengalaman kita sebagai seorang manusia yang cetek ilmunya. Namun begitu, jika kita lihat dari segi dalaman, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Seorang ketua seharusnya bersikap mudah mesra, bijak merancang, tidak gentar untuk menghadapi pelbagai situasi genting dan sebagainya. Berat sebenarnya tugas sebagai seorang ketua. Namun siapalah seorang ketua tanpa bantuan anak buahnya.

Pada awal tahun 2012, penulis telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah persatuan di sebuah Kolej tempat penulis study sekarang. Nama persatuan tu Persatuan Mahasiswa/wi Islam. Pada mulanya, penulis tidaklah takut sangat sebab selepas penulis dilantik, macam2 idea yang bermain di dalam kotak fikiran penulis dan AJK yang lain ketika itu. Hasilnya, sebanyak 23 aktiviti berjaya dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa/wi Islam pada tahun itu. 


                                  Ahli Jawatankuasa Program 'Malam Titian Gaza'

                           Sedutan daripada Program 'Mahabbah Cinta Ramadhan'

Persatuan Mahasiswa/wi Islam juga telah berjaya merangkul Persatuan Cemerlang 2012 dan penulis pulak berjaya merangkul Anugerah Pengerusi Terbaik 2012 pada Malam Penghargaan kolej penulis yang telah diadakan pada penghujung tahun 2012. 

                        Anugerah Persatuan Cemerlang dan Anugerah Pengerusi Terbaik

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang penulis hadapi sepanjang tahun 2012. Terdapat pelbagai pujian yang dihamburkan kepada penulis dan AJK Persatuan Mahasiswa/wi Islam ketika itu. Tapi lepas memasuki fasa yang terakhir, penulis lebih banyak mendengar komen2 negatif. Ini telah menyebabkan penulis terpaksa berhadapan dengan ketakutan terhadap bayang2 sendiri di mana ramai orang blame penulis atas sesuatu yang penulis sendiri xtahu, difitnah, dan orang memutar belitkan cerita. Anehnya manusia kan? Apabila melihat seseorang itu berjaya, pasti lahirnya sifat cemburu atau iri hati. Tapi penulis tidak salahkan mereka seratus peratus. Mungkin ada di antara hamburan kejian orang terhadap penulis itu betul, dan mungkin juga salah. Reasonnya, penulis itu bukanlah seorang yang SEMPURNA. Apa2 pun, segala yang berlaku pada tahun 2012 memang bez dan banyak mematangkan penulis sebagai seorang hamba Allah yang sedang berusaha untuk mencari keredhaan-Nya.

Lain pula yang berlaku pada tahun 2013. Desas desus mengenai penulis akan join Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi di kolej penulis semakin meningkat pada awal tahun. Rasanya meningkat kepada 90%. Ke mana saja pergi, comfirm orang akan cakap “hai...bakal YDP eyh..”..mungkin untuk orang yang gila popularity, dia suka kalau diperlakukan begitu. Untuk penulis, jujur penulis katakan bahawa penulis agak merasa gelisah dan rimas diperlakukan sedemikian rupa. Mana tak nya, benda yang belum pasti sudah digempar gempurkan. Bagi penulis, selagi belum termaktub 100%, selagi itulah penulis takkan percaya. Untuk perkara yang belum pasti dah penulis mula riak, apatah lagi kalau dah dapat kan? Oleh itu, penulis berusaha untuk elakkan sifat riak dalam hati penulis.

Tarikh untuk menghantar nama calon sudah hampir tiba. Penulis semakin gelisah dan takut sebab tak tahu nak hantar ataupun tidak nama penulis. Untuk menyelesaikan masalah, penulis berjumpa dengan seorang sahabat yang penulis rasakan beliau seorang yang amat berkaliber dalam kepimpinan beliau semenjak penulis kenal dengannya. Selepas diajukan masalah penulis kepada beliau, beliau pun berkata : “Sampai bila kita nak kekal di tempat yang lama? Sedangkan kita sudah berjaya membuktikan kepimpinan kita di tempat yang lama itu, makanya kalau sudah diberikan peluang untuk ke tempat yang baru dengan level yang tinggi, grab lah peluang itu. Sesungguhnya ia akan lebih banyak mengajar kita dalam kepimpinan dan kehidupan.”.. Kira begitulah kata sahabat penulis tu. Mendengar kata2 itu, penulis terasa bersemangat la pulak. Haha. Berbekalkan semangat dan kepercayaan yang orang berikan, penulis terus mengisi borang pencalonan selepas ada insan yang mencadangkan nama penulis.
                 
Selepas seminggu lebih menghantar nama, penulis bersiap sedia untuk menghadapi sesi temuduga. Seriously, ternyata penulis agak gugup ketika berhadapan dengan interviewer ketika itu. Interviewer adalah di kalangan COO, Hal Ehwal Pelajar dan beberapa orang penasihat Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi. Walaupun begitu, setiap langkah dan kata2 yang dikeluarkan penulis ditemani dengan sifat positif dan confident. Confident la sangat. Hehe. Alhamdulillah, penulis berjaya melepasi temuduga tersebut. Begitu juga dengan teman seperjuangan penulis yang lain. Maka dengan itu kamilah Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi sesi 2013. Tapi belum habis lagi. Nak tentukan jawatan pulak. Setelah bermesyuarat sekian sekian, kami telah sebulat suara untuk melantik nama2 tersebut untuk jawatan2 yang tersebut.



Yang DiPertua                    : Sharbarudin bin Dato Abu Bakar
Naib Yang DiPertua            : Dayangku Amanina binti Awangku Omarali
Setiausaha                          : Catriemamindy ak Mamut
Bendahari                           : Angeline Ho
Exco – Exco                       : Adilalya ak Luta
                                            Nur Hafizah binti Amit
                                            Hartinah binti Abdullah
                                            Mohammad Ismadi bin Ramli
                                            Muhammad Nur Addin bin Hairee
                                            Sofia ak Lita

Nama2 ini lah yang akan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi di kolej kami sepanjang tahun 2013 ini nanti. Nama2 inilah yang akan mengikat janji setia terhadap kolej. Nama2 inilah juga yang akan dikerah keringat dan tenaga untuk aktiviti2 sepanjang tahun di kolej. Maka dengan ini, kami telah bersepakat untuk :

1.    Tidak berjanji untuk melakukan yang terbaik TAPI BERJANJI UNTUK BERUSAHA UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK TERHADAP DIRI SENDIRI, KOLEJ DAN MASYARAKAT.
2.  Tidak berjanji kepada Yang DiPertua untuk kekal sentiasa berjuang bersama TAPI BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI UNTUK SENTIASA KEKAL BERJUANG BERSAMA
3.  Dan, tidak akan berdiri di belakang Yang DiPertua untuk memberi support TAPI SENTIASA BERADA SEBARIS BERSAMA YANG DIPERTUA UNTUK MELAKSANAKAN SETIAP TUGASAN YANG DIBERI.

Truly deep in my heart, penulis berasa amat bertuah mempunyai barisan seperti ini dan beruntung untuk mengetuai barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi 2013. Semoga apa yang dirasai penulis ini turut dirasai oleh rakan seperjuangan yang lain dan penulis berharap semangat berjuang kita akan kekal sehingga di penghujung jalan kelak. Amin..