Tuesday, 12 February 2013

Kaizen ?????????


Kaizen?
                    
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang blogger, akhirnya impian itu tercapai juga dengan post yang pertama pada hari ini. InsyaAllah, segala yang dikongsi dalam blogspot ini akan memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Amin Ya Rabbal Alamin.



                Kaizen? Apa Kaizen tu erk? Mengapa pulak Kaizen? Dan kenapa dengan Kaizen? Haaaaa... Untuk pengetahuan para pembaca, Kaizen merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa maksud “ Penambahbaikan Berterusan" tau? “ Kai ” bermakna ( ubah ) dan “ Zen " bermakna (baik). Menerusi perkataan Kaizen, ia mungkin dapat membangkitkan semangat untuk tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu ataupun menjadikan sesuatu dengan lebih baik pada masa akan datang. Prinsip Kaizen ini selalunya digunakkan dalam bahagian pengurusan syarikat, tetapi tidak salah rasanya sekiranya kita menjadikan prinsip Kaizen itu sebagai salah satu prinsip dalam kehidupan kita kan? Almaklumlah, kita seharusnya sedar bahawa sebagai hamba Allah S.W.T yang tinggal di dunia yang sementara ini, kita akan sering melakukan kesilapan demi kesilapan tidak kiralah kesilapan yang kecil maupun yang besar. Oleh itu, sentiasalah kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah semoga kita boleh menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan datang.

Sabda Rasulullah S.A.W :               “ Maka celakalah orang yang hari ini seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam “

Mengapa Kaizen? Menurut Aleysius H.Gondosari, Kaizen dapat membuat anda menjadi luar biasa. Konsep pemikiran adalah bahawa setiap orang ada pekerjaannya kerana setiap orang dianggap luar biasa pada kerjaya masing-masing. Apabila seseorang itu menceburi sesuatu bidang, pastinya ianya akan mencungkil bakat yang mungkin tidak ada pada orang lain menjadikan setiap insan berpeluang menjadi seseorang yang berguna pada organisasi yang disertai atau kerjaya yang diceburi. Oleh itu, setiap orang diharapkan dapat memberikan sumbangan dan idea untuk melakukan perbaikan yang berhubung dengan pekerjaannya.

                Dan kenapa Kaizen? Hmmm... Secara kebiasaannya, manusia seringkali tidak boleh terlepas daripada sifat terlalu cepat berpuas hati. Apabila sifat puas hati wujud dalam diri kita( kalau tak wujud, mustahil la weiii ), tidak mustahil sekiranya perasaan riak dan bangga diri turut ada di dalam diri kita dan semakin menebal dari masa ke semasa. Oleh itu, perasaan riak + bangga diri = PUAS atas apa yang telah tercapai merupakan MUSUH UTAMA Kaizen kerana Kaizen amat mengutamakan kesedaran akan adanya masalah, memberikan cara untuk kenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah.

Peringatan : Janganlah melakukan sesuatu perbuatan semata-mata untuk mendapatkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain.

Duhai pembaca, peringatan itu bukanlah sebarang peringatan. Peringatan itu sebenarnya bukanlah ditekankan kepada para pembaca sahaja, malah turut ditujukan kepada penulis sendiri. Hehe.. Perbuatan yang disertakan dengan keihklasan lebih bermakna berbanding perbuatan yang disertakan niat mahukan sanjungan dan pujian. Pendapat penulis kan, seseorang  yang melakukan perbuatan disertakan niat mahukan sanjungan dan pujian orang lain akan lebih cenderung untuk melakukan apa saja termasuk menipu dan menjatuhkan orang lain asalkan dia memperoleh apa yang dia mahukan.. Penulis ada kisahnyaaa... Tapi biarlah rahsia... Kontroversi nanti.. Hehe.. Apa pun, penulis jadikan kisah itu sebagai peringatan dan pengajaran untuk penulis sendiri..InsyaAllah..  

                Konklusinya, Kaizen dapat menjadikan hidup kita lebih baik pada masa hadapan di dalam usaha kita untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan standard taraf hidup kita berbanding diri kita tanpa Penambahbaikan Ubah.. Akhir kata, Kaizenkanlah Diri Anda Segera.. J