Assalamualaikum readers...
Lama dah xpost entry dlm ni... Apa2 pun, penulis nak berkongsi sesuatu ni... Tentang Power Rangers, Ultraman dan banyak lagi... Tapi penulis guna Ultraman ajala sebagai contoh mudah.... Masih ingat x zaman kita budak2 dulu? Penulis pasti pembaca2 sekalian mengenali akan cerita2 seperti Power Rangers dan Ultraman... Kalau untuk perempuan,xtau la samaada layan o x crita cmni... O lebih tepat perempuan untuk Sailormoon... Hehe...
Kalau ditonton tanpa dihayati, sememangnya kita akan menganggap cerita Ultraman xmemberi apa2 makna pun kpd kita.. Tapi kalau direnungi, hidup kita ni macam Ultraman... Kalau Ultraman, xhabis2 dengan raksasa yang asyik menyerang Bumi je... Tapi Ultraman xpernah putus asa nak mengalahkan raksasa yang datang bertimbun2 xkira la sekuat mana pun raksasa tu... Kalau Ultraman putus asa, pasti Bumi ini akan hancur dimusnah oleh raksasa durjana...Macam tu juga manusia...xhabis2 dgn masalah...selesai satu, dtg satu... Lepas tu ada lagi...Kalau putus asa, komfom hidup kita akan hancur binasa...
Mungkin kita tiada superpower yg fulamak!!! Dapat jadikan kita superhero... Xperlu la... Xperlu kita ingin menjadi hero kpd org lain sedangkan kita xmampu untuk menjadi hero untuk diri sendiri.... Cukupla sekadar kita mencari ramuan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi....
Berbalik kepada cerita Ultraman.... Kalau Ultraman kehabisan kuasa ketika menentang raksasa, Ultraman itu akan berubah kpd bentuk manusia semula..... Ini berlaku apabila Ultraman terlalu menggesa dirinya untuk menyelamatkan Bumi..... Begitu juga manusia... Manusia xdpt utk sentiasa digesa sebab manusia mempunyai had mereka yang tsendiri.... Ia boleh mengundang ke arah timbulnya masalah yang boleh mendatangkan stress, gelisah, imsomnia, dsb.... Ini sekaligus akan mendatangkan kesan yang buruk thadap manusia tsebut...
Yang paling penting skali, manusia mempunyai perasaan.... Kalau Ultraman xmmpunyai semangat utk mmpertahankan Bumi, makseh jak kata orang Sarawak.... Kalau manusia pula, mudah utk terasa.... Xkirala bnda itu berlaku di hadapan o dblakang anda seperti cacian, kritikan, fitnah, dsb..... Kalau dh terasa, nanti kan berubah dari hati yang ikhlas ke xikhlas.... Jangan salahkan org lain kalau segalanya berpunca dari anda.... Dan di antara yang paling penting, bercakap biar tahu, jangan stakat mngeluarkan kata bertalu2...
Think before u say!!!!!!!
Tq n sori kalau da tsilap kata o bahasa.... Dalam proses nak belajar... Hehe
Antero Bicara Kaizen
Monday, 8 July 2013
Sunday, 3 March 2013
Tanggungjawab dan Amanahku...
Assalamualaikum readers..
Entri kali
ini, penulis nak berkongsi kisah penulis yang mungkin boleh menjadi kebanggaan
penulis or boleh jadi sesuatu yang menakutkan dalam kehidupan penulis.
Amanah.
Tanggungjawab. Semangat. Dan macam2 lagi. Perkara inilah yang diperlukan
sekiranya kita menjadi seorang ketua bukan? Kalau dilihat dari segi luaran,
jawatan sebagai seorang ketua ini tidaklah sesukar mana dan ianya dapat
membantu menambahkan pengalaman kita sebagai seorang manusia yang cetek
ilmunya. Namun begitu, jika kita lihat dari segi dalaman, ianya tidaklah
semudah yang disangkakan. Seorang ketua seharusnya bersikap mudah mesra, bijak
merancang, tidak gentar untuk menghadapi pelbagai situasi genting dan
sebagainya. Berat sebenarnya tugas sebagai seorang ketua. Namun siapalah
seorang ketua tanpa bantuan anak buahnya.
Pada awal
tahun 2012, penulis telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah persatuan
di sebuah Kolej tempat penulis study sekarang. Nama persatuan tu Persatuan
Mahasiswa/wi Islam. Pada mulanya, penulis tidaklah takut sangat sebab selepas
penulis dilantik, macam2 idea yang bermain di dalam kotak fikiran penulis dan
AJK yang lain ketika itu. Hasilnya, sebanyak 23 aktiviti berjaya dilakukan oleh
Persatuan Mahasiswa/wi Islam pada tahun itu.
Ahli Jawatankuasa Program 'Malam Titian Gaza'
Sedutan daripada Program 'Mahabbah Cinta Ramadhan'
Persatuan Mahasiswa/wi Islam juga
telah berjaya merangkul Persatuan Cemerlang 2012 dan penulis pulak berjaya
merangkul Anugerah Pengerusi Terbaik 2012 pada Malam Penghargaan kolej penulis
yang telah diadakan pada penghujung tahun 2012.
Anugerah Persatuan Cemerlang dan Anugerah Pengerusi Terbaik
Walau bagaimanapun, terdapat
pelbagai cabaran dan dugaan yang penulis hadapi sepanjang tahun 2012. Terdapat
pelbagai pujian yang dihamburkan kepada penulis dan AJK Persatuan Mahasiswa/wi
Islam ketika itu. Tapi lepas memasuki fasa yang terakhir, penulis lebih banyak
mendengar komen2 negatif. Ini telah menyebabkan penulis terpaksa berhadapan
dengan ketakutan terhadap bayang2 sendiri di mana ramai orang blame penulis
atas sesuatu yang penulis sendiri xtahu, difitnah, dan orang memutar belitkan
cerita. Anehnya manusia kan? Apabila melihat seseorang itu berjaya, pasti
lahirnya sifat cemburu atau iri hati. Tapi penulis tidak salahkan mereka
seratus peratus. Mungkin ada di antara hamburan kejian orang terhadap penulis
itu betul, dan mungkin juga salah. Reasonnya, penulis itu bukanlah seorang yang
SEMPURNA. Apa2 pun, segala yang berlaku pada tahun 2012 memang bez dan banyak
mematangkan penulis sebagai seorang hamba Allah yang sedang berusaha untuk
mencari keredhaan-Nya.
Lain pula yang
berlaku pada tahun 2013. Desas desus mengenai penulis akan join Majlis
Perwakilan Mahasiswa/wi di kolej penulis semakin meningkat pada awal tahun.
Rasanya meningkat kepada 90%. Ke mana saja pergi, comfirm orang akan cakap
“hai...bakal YDP eyh..”..mungkin untuk orang yang gila popularity, dia suka
kalau diperlakukan begitu. Untuk penulis, jujur penulis katakan bahawa penulis
agak merasa gelisah dan rimas diperlakukan sedemikian rupa. Mana tak nya, benda
yang belum pasti sudah digempar gempurkan. Bagi penulis, selagi belum termaktub
100%, selagi itulah penulis takkan percaya. Untuk perkara yang belum pasti dah
penulis mula riak, apatah lagi kalau dah dapat kan? Oleh itu, penulis berusaha
untuk elakkan sifat riak dalam hati penulis.
Tarikh untuk
menghantar nama calon sudah hampir tiba. Penulis semakin gelisah dan takut
sebab tak tahu nak hantar ataupun tidak nama penulis. Untuk menyelesaikan
masalah, penulis berjumpa dengan seorang sahabat yang penulis rasakan beliau
seorang yang amat berkaliber dalam kepimpinan beliau semenjak penulis kenal
dengannya. Selepas diajukan masalah penulis kepada beliau, beliau pun berkata :
“Sampai bila kita nak kekal di tempat yang lama? Sedangkan kita sudah berjaya
membuktikan kepimpinan kita di tempat yang lama itu, makanya kalau sudah
diberikan peluang untuk ke tempat yang baru dengan level yang tinggi, grab lah
peluang itu. Sesungguhnya ia akan lebih banyak mengajar kita dalam kepimpinan
dan kehidupan.”.. Kira begitulah kata sahabat penulis tu. Mendengar kata2 itu,
penulis terasa bersemangat la pulak. Haha. Berbekalkan semangat dan kepercayaan
yang orang berikan, penulis terus mengisi borang pencalonan selepas ada insan
yang mencadangkan nama penulis.
Selepas
seminggu lebih menghantar nama, penulis bersiap sedia untuk menghadapi sesi
temuduga. Seriously, ternyata penulis agak gugup ketika berhadapan dengan
interviewer ketika itu. Interviewer adalah di kalangan COO, Hal Ehwal Pelajar
dan beberapa orang penasihat Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi. Walaupun begitu,
setiap langkah dan kata2 yang dikeluarkan penulis ditemani dengan sifat positif
dan confident. Confident la sangat. Hehe. Alhamdulillah, penulis berjaya
melepasi temuduga tersebut. Begitu juga dengan teman seperjuangan penulis yang
lain. Maka dengan itu kamilah Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi sesi 2013. Tapi
belum habis lagi. Nak tentukan jawatan pulak. Setelah bermesyuarat sekian
sekian, kami telah sebulat suara untuk melantik nama2 tersebut untuk jawatan2
yang tersebut.
Yang DiPertua : Sharbarudin bin Dato Abu
Bakar
Naib Yang
DiPertua : Dayangku Amanina binti
Awangku Omarali
Setiausaha : Catriemamindy ak
Mamut
Bendahari : Angeline Ho
Exco – Exco : Adilalya ak Luta
Nur Hafizah binti Amit
Hartinah binti Abdullah
Mohammad Ismadi bin Ramli
Muhammad Nur Addin bin Hairee
Sofia ak Lita
Nama2 ini lah
yang akan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Majlis Perwakilan
Mahasiswa/wi di kolej kami sepanjang tahun 2013 ini nanti. Nama2 inilah yang
akan mengikat janji setia terhadap kolej. Nama2 inilah juga yang akan dikerah
keringat dan tenaga untuk aktiviti2 sepanjang tahun di kolej. Maka dengan ini,
kami telah bersepakat untuk :
1. Tidak berjanji untuk melakukan yang terbaik TAPI
BERJANJI UNTUK BERUSAHA UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK TERHADAP DIRI SENDIRI,
KOLEJ DAN MASYARAKAT.
2. Tidak berjanji kepada Yang DiPertua untuk kekal
sentiasa berjuang bersama TAPI BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI UNTUK SENTIASA
KEKAL BERJUANG BERSAMA
3. Dan, tidak akan berdiri di belakang Yang DiPertua
untuk memberi support TAPI SENTIASA BERADA SEBARIS BERSAMA YANG DIPERTUA UNTUK
MELAKSANAKAN SETIAP TUGASAN YANG DIBERI.
Truly deep in
my heart, penulis berasa amat bertuah mempunyai barisan seperti ini dan
beruntung untuk mengetuai barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi 2013. Semoga
apa yang dirasai penulis ini turut dirasai oleh rakan seperjuangan yang lain
dan penulis berharap semangat berjuang kita akan kekal sehingga di penghujung
jalan kelak. Amin..
Tuesday, 12 February 2013
Kaizen ?????????
Kaizen?
Alhamdulillah, setelah sekian
lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang blogger, akhirnya impian itu
tercapai juga dengan post yang pertama pada hari ini. InsyaAllah, segala yang
dikongsi dalam blogspot ini akan memberi manfaat kepada anda yang membacanya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Kaizen?
Apa Kaizen tu erk? Mengapa pulak Kaizen? Dan kenapa dengan Kaizen? Haaaaa...
Untuk pengetahuan para pembaca, Kaizen merupakan perkataan dari bahasa Jepun
yang membawa maksud “ Penambahbaikan Berterusan" tau? “ Kai ” bermakna ( ubah
) dan “ Zen " bermakna (baik). Menerusi perkataan Kaizen, ia mungkin dapat
membangkitkan semangat untuk tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu ataupun
menjadikan sesuatu dengan lebih baik pada masa akan datang. Prinsip Kaizen ini
selalunya digunakkan dalam bahagian pengurusan syarikat, tetapi tidak salah
rasanya sekiranya kita menjadikan prinsip Kaizen itu sebagai salah satu prinsip
dalam kehidupan kita kan? Almaklumlah, kita seharusnya sedar bahawa sebagai
hamba Allah S.W.T yang tinggal di dunia yang sementara ini, kita akan sering
melakukan kesilapan demi kesilapan tidak kiralah kesilapan yang kecil maupun
yang besar. Oleh itu, sentiasalah kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah
semoga kita boleh menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan datang.
Sabda
Rasulullah S.A.W : “ Maka
celakalah orang yang hari ini seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini
lebih teruk dari semalam “
Mengapa Kaizen? Menurut Aleysius H.Gondosari, Kaizen dapat
membuat anda menjadi luar biasa. Konsep pemikiran adalah bahawa setiap orang
ada pekerjaannya kerana setiap orang dianggap luar biasa pada kerjaya
masing-masing. Apabila seseorang itu menceburi sesuatu bidang, pastinya ianya
akan mencungkil bakat yang mungkin tidak ada pada orang lain menjadikan setiap
insan berpeluang menjadi seseorang yang berguna pada organisasi yang disertai
atau kerjaya yang diceburi. Oleh itu, setiap orang diharapkan dapat memberikan
sumbangan dan idea untuk melakukan perbaikan yang berhubung dengan
pekerjaannya.
Dan
kenapa Kaizen? Hmmm... Secara kebiasaannya, manusia seringkali tidak boleh
terlepas daripada sifat terlalu cepat berpuas hati. Apabila sifat puas hati
wujud dalam diri kita( kalau tak wujud, mustahil la weiii ), tidak mustahil
sekiranya perasaan riak dan bangga diri turut ada di dalam diri kita dan
semakin menebal dari masa ke semasa. Oleh itu, perasaan riak + bangga diri =
PUAS atas apa yang telah tercapai merupakan MUSUH UTAMA Kaizen kerana Kaizen
amat mengutamakan kesedaran akan adanya masalah, memberikan cara untuk
kenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah.
Peringatan : Janganlah melakukan sesuatu perbuatan
semata-mata untuk mendapatkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain.
Duhai pembaca, peringatan itu bukanlah sebarang peringatan.
Peringatan itu sebenarnya bukanlah ditekankan kepada para pembaca sahaja, malah
turut ditujukan kepada penulis sendiri. Hehe.. Perbuatan yang disertakan dengan
keihklasan lebih bermakna berbanding perbuatan yang disertakan niat mahukan
sanjungan dan pujian. Pendapat penulis kan, seseorang yang melakukan perbuatan disertakan niat
mahukan sanjungan dan pujian orang lain akan lebih cenderung untuk melakukan
apa saja termasuk menipu dan menjatuhkan orang lain asalkan dia memperoleh apa
yang dia mahukan.. Penulis ada kisahnyaaa... Tapi biarlah rahsia... Kontroversi
nanti.. Hehe.. Apa pun, penulis jadikan kisah itu sebagai peringatan dan
pengajaran untuk penulis sendiri..InsyaAllah..
Wednesday, 9 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

